Program Jelajah Bongkar, Platform Rakyat Nilai Pemimpin Negeri Dipilih

d51b8b5f474f9de0da8bcef48c906185667ffc6496003Datuk Seri Johari Abdul Ghani

SUNGAI PETANI, 12 Okt (Iteenews) — Badan Perhubungan UMNO Kedah menganjurkan Program Jelajah Bongkar sebagai platform untuk rakyat di negeri itu menilai prestasi setiap wakil rakyat yang dipillih mereka,sama ada telah menunaikan janji sejak dipilih menerajui Kedah.

Naib Presiden UMNODatuk Seri Johari Abdul Ghani berkata program berbentuk turun padang itu bertujuanmemberi penerangan berkaitanfaktaserta fitnah tentang sesuatu isu atau perkara yang berlaku.

"Jadi inilah yang telah dibuat dan disusun oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah dan juga seluruh 15 Bahagian UMNO untuk memastikan kita dapatturun ke bawah memberi pandangan, peringatan kepada rakyat negeri Kedah," katanya.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Bongkar di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dekat sinihari ini.

Beliau berkata pentinguntuk rakyat Kedah menilai sama ada pemimpin yang dipilih itu telahpun melaksanakan janji-janji mereka semasa pilihan raya lepas.

"Apa yang paling penting bila kita berdepan dengan masalah rakyat contohnya banjir… kerajaan Persekutuan menyalurkan RM13 juta. Jadi saya nak tanya dalam keadaanramai rakyat yang terkesan itu, adakah mereka mendapat bantuan daripada kerajaan negeri?

"Janji-janji yang telah dilontarkan waktu pilihan raya yang lepas pula, adakah ia telah ditunaikan atau tidak… jadi inilah antara isu-isu yang kita bincang tadi dalam Jelajah Bongkar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi UMNO KedahDatuk Seri Mahdzir Khalid berkata rakyat perlu melihat realiti berbanding cerita fitnah dan kebencian.

"Kita cakap benda yang betul kepada rakyat bukan retorik, bukan cerita pembohongan… cerita benar dalam hal berkaitan dengan kebajikan rakyat dan bagaimana masa hadapan di Kedah ni, berubah atau jalan terus ke hadapan," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *