PRN17: UMNO Sabah Diberi Autonomi Buat Keputusan Bekerjasama Dengan Parti Lain – Ahmad Zahid

9a95a7a342f2eb718ba2dd76842684126828815ba1513KOTA KINABALU, 17 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) pada Majlis Perasmian Gerak 17 UMNO Sabah Parlimen Sepanggar di Dewan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEPANGGAR, 17Mei (Iteenews) — Kepimpinan UMNO Sabah diberi kuasa autonomi untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai kerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau yakin dengan kepimpinan UMNO Sabah dalam menjalankan rundingan untuk memastikan parti itu dapat membentuk kerajaan bersama rakan lain di negeri tersebutselepas pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata UMNO pusat sangat menghormati autonomi parti berkenaan di Sabah dan perkara ituturut diketahuioleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin serta kepimpinan parti yang lain.

"Keputusan ini tidak dibuat di peringkat pusat. Kami sentiasa berbincang dan saya percaya di bawah kepimpinan Datuk Seri Bung Moktar, beliau bukan sahaja mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain di Sabah malah beliau pasti akan berbincang dengan kami di Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gerak 17 bagi kawasan Parlimen Sepanggar di sini hari ini.

Selain Bung Moktar, turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua UMNO Sepanggar Datuk Yakub Khan.

Ahmad Zahid berkata tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding termasuk berkaitan kerjasama dengan parti lain dan beliau yakin Bung Moktar akan melihat situasi secara holistik dalam membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Beliau turut mengulangi pendirian UMNO bahawa parti itu masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti di Sabah pada pilihan raya kali inidan berdasarkan pemerhatiannya, tidak ada satu parti dapat membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan pihak lain pada PRN17.

"Janganlah mana-mana pihak merasa terlalu besar hati bahawa partinya itu dominan dan tidak perlubertanding dengan kerjasama parti lain," katanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan para pemimpin supaya tidak membangkitkan perasaanregionalistickerana negara ini dibentuk atas semangat Persekutuan Malaysia.