KOTA KINABALU, 21 Mei (Iteenews) — Parti Warisan (Warisan) sekali lagi menegaskan akan bertanding secara solo dengan menggunakan logo parti sendiri padaPilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Setiausaha AgungnyaDatuk Loretto Padua Jr mengesahkan bahawa partinya tidak bersama mana-mana gabungan politikbagi menghadapi PRN ke-17 berkenaan.
Beliau berkata parti itusejak awal konsisten sebagai satu-satunya parti pembangkang di Sabah, dan berpendapat gabungan politik bukan jawapanuntuk kemakmuran Sabah kerana masa depan negeri itumemerlukan satu gerakan yang tegas dan berteraskan rakyat.
“Parti Warisan sedang giat membuat persiapan menghadapi PRNSabah. Pendirian kami jelas iaitu gabungan Warisanialah bersama rakyat. Kami tidak akan terlibat dalam permainan politik yang sedang berlaku, perjuangan kami adalah demi hak dan masa depan rakyat Sabah.
“Pilihan rayakali ini adalah tentang memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Sabah dan bukan mereka yang hanya pandai bermain politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terbubar automatik pada 11 Nov ini, iaitupenggal itubermula pada persidangan pertama dan pembukaan rasmiDUN Sabah selepas PRN Sabah Ke-16,disempurnakanYang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Nov 2020.
Pembubaran DUN Sabah Ke-16 bakal membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 diadakan.