PRN Sabah: UMNO Akan Kerjasama Dengan PH, Kaedah Terbaik Kekalkan Kerajaan Perpaduan

3519f0fca8966c6a95c01782b60d1a9266891cef295bf

Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

SHANGHAI, 12 Sept (Iteenews) –UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapiPilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkatalangkah itu dilihat kaedah terbaik untuk mengukuhkan pentadbiranKerajaan Perpaduan, dan keputusan itu dimuktamadkan secara bersama oleh UMNO Pusat dan Sabah.

Ahmad Zahidyang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata UMNO Pusat dan Sabah juga bersetuju supaya BN Sabah mengikuti formula kerjasama yang diamalkan di peringkatPersekutuan dan ia perlu diperluaskan ke negeri berkenaan.

“Parti lain juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan kami dan kita harap tidak ada parti di Sabah yang menyebutkan bahawa ini adalah ‘parti dari Malaya’atau parti peringkat kebangsaan tidak perlu masuk ke Sabah.

“Kita sebuah negara demokrasi dan tiada parti tempatan atau parti Semenanjung, maka seharusnya tidak ada kenyataan yang dikeluarkan untuk menyinggung perasaan, walaupun ada parti yang berhajat semula untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja beliau ke Chinadi sini hari ini.

Semalam, BN dan UMNO Sabah dilaporakan mengadakan perbincangan bagi memperhalusi kerjasama parti itu bersama PH di peringkat negeri dalam menghadapi PRN Sabah.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan), Ahmad Zahid menjelaskan bahawa parti tersebut merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan tidak seharusnya timbul isu mengenai kerjasama dengan parti berkenaan.

“Warisan memang sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, tetapi di Sabah mereka jadi pembangkang, dan kita harap tidak ada parti yang mengeluarkan kenyataan menolak parti dari Semenanjung,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *