PRN Sabah: GRS Terbuka Berbincang Dengan BN Untuk Langkah Kerjasama – Hajiji

4c216e58b1a3dc7a1216fcf4c8e0f2986720ae7b93268 Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam ketika tiba bagi merasmikan Persidangan Tahunan PBS Ke-39 di Dewan Hongkod Koisaan Penampang (KDCA).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 9b8054c95c87526069c9986ca845bafc6720ae9ae4cea Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (empat, kanan) bersama Penasihat Perdana Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tiga, kanan) dan Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (lima, kanan) pada Persidangan Tahunan PBS Ke-39 di Dewan Hongkod Koisaan Penampang (KDCA).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENAMPANG, 29 Okt (Iteenews) –Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersikap terbuka untuk berbincang dengan semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkatawalaupun komponenGRS terdiri daripada parti tempatan Sabah, namuntidak bermakna gabungan itu tidak boleh bekerjasama dengan parti dari peringkat nasional.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Menteri menegaskan pada masa ini GRS mahu fokus terhadap mengukuhkan perpaduan antara parti komponennyadan memperkasa kerjasamabersama Pakatan Harapan (PH) demi membangunkan Sabah.

"Tahun 2025 adalah tahun pilihan raya. Maknanya, kita akan serah kembali kuasa kepada rakyat untuk diputuskan melalui peti undisesuai dengan amalan demokrasi. Sebagai government of the day, GRS dan PHakan terus berkhidmat dan berbakti selagi tempoh pemerintahan ini belum berakhir.

“Kerajaan GRS dan PH Plus menekankan kepentingan prinsip politik sopan santun, politik perpaduan dan politik pembangunan sebagai acuan dalam membawa Sabah ke arah kemajuan dan kemakmuran.Pendirian tiga prinsip itu penting untuk dipelihara dan terus diamalkan di Sabah,” katanya.

Beliauberkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-39di Dewan Hongkod Koisaan di sini hari ini yang turut dihadiriPemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri II.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN pada Ahad lepas (27 Okt)dilaporkan berkata bahawa BN dan PH telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah,dijangka pada tahun depan.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan BN-PH dan GRS yang mentadbir negeri itu akan bekerjasama pada PRN berkenaan dan telah bertemu dengan pemimpin utama GRS dan mengadakan perbincangan secara umum untuk mewujudkan kesefahaman.

Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).