KUALA LUMPUR, 22 Feb (Iteenews) –Parti Gerakantelah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tigakawasan untuk bertanding.
Biro Penerangan Pusat Parti Gerakan dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun keputusan muktamadtertakluk kepada mesyuarat Perikatan Nasional (PN).
"Gerakan Sabah akan mengetuai PRN itu namun bahagian lain di Semenanjungdiwajibkan menyokong Gerakan negeri itu,"menurut kenyataansusulanmesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakanhari ini.
Kenyataan itu juga menyebut parti berkenaan telah melaksanakan langkah penstrukturan semula bagi menambah baik keberkesananorganisasi termasuk pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah (Kulim) Wong Chia Zhen sebagai setiausaha agung.