PRN Sabah: Belum Masanya Umum Calon \’Poster Boy\’ – Ahmad Zahid

909f82cbbf2940382a3f0d59c799889c681346e07c084Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemu bual selepas Majlis Lebaran Kasih Aidilfitri FELDA di Padang Awam Felda Palong 3 hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

JEMPOL, 1 Mei (Iteenews) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata belum masanya untuk menentukan calon 'poster boy' bagi mana-mana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata hasil perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Sabah semalam, beliau telah memberikan garis panduan untuk parti di negeri berkenaan menghadapi PRN.

"Saya fikir eloklah jika soal pemilihan Menteri Besar atau Ketua Menteri kita kemudiankan… pastikan kemenangan calon yang akan diketengah.

"Saya sendiri akan berunding dengan kepimpinan UMNO Sabah bagi menentukan siapayang boleh diterima oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan siapa yang boleh mengetuai kerajaan negeri apabila jumlah kerusi diperolehpaling banyak oleh mana-mana kumpulan parti di Sabah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiriMajlis Lembaran Kasih Aidilfitri Bersama Warga Felda di Padang Awam Palong 3yang turut dihadiri anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri SembilanTunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Menteri BesarDatuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir yang mencadangkan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai 'poster boy' BN pada PRN nanti.

Ahmad Zahid juga berkata beliau menghormati keputusan itu tetapi menyifatkan belum masanya untuk mengetengahkan mana-mana individu atau pemimpin sebagai 'poster boy'.