PRN Sabah: Armizan Sahkan Tidak Tanding Kerusi DUN Di Papar

5206bcae7684ef9224fdc9b6d130e9dc680f5c3e14698Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (dua kiri) ketika melakukan gimik perasmian Majestic Ballroom Parklane Benoni Papar.

PAPAR, 28 April (Iteenews) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkanbahawabeliau tidak akanbertandingpada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, sebaliknya akan terus memberi fokus sebagaiAhli Parlimen Papar.

Beliau berkata selaku menteri di peringkat Persekutuan dan Ahli Parlimen Papar, menjadikan masanya terhad dan tiada keperluan untuk bertanding di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya baru dua tahun lebih jadi Ahli Parlimen dan biarsaya tunaikan apa dimahukan rakyat di Papar. Kita banyak pemimpin hebat di Papar dan apasaya mahu, siapa yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat bekerjasama baik dengan saya untuk membangunkan Papar.

“Selaku menteri saya juga kena jaga negeri-negeri lain. Saya mahu pasukan kuat, ADUN (di kawasan Parlimen Papar) yang sentiasa boleh bekerjasama rapat dengan saya, agar kita mampu buat perubahan dan merealisasikan apa dimahukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikamerasmikan Majestic Ballroom di 10 Star Cinemas, Parklane City Benoni Papar di sini hari ini.

Sementara itu, Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata gabungan berkenaan, sudah lama bersedia untuk menghadapi PRNSabah Ke-17 (PRN17).

“Di Papar,kita sudah banyak melakukan pelbagai program bersama rakyat dan saya lihat ADUN-ADUN yangtinggal di sini selalu bersama rakyat. Oleh itu saya yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Untuk rekod, tiga kerusi DUN di kawasan Parlimen Papar ialah Limbahau, Kawangdan Pantai Manis.