Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke
SHAH ALAM, 10 Nov (Iteenews) –DAP Sabah diberikan autonomi untuk mengadakan perbincangan kerjasama dengan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dalam persediaan menghadapiPilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agung DAP Anthony Lokeberkata ini kerana DAP Sabahlebih memahami berhubung dinamika dan keadaan politik di negeri itu.
“Semalam saya ke Labuan dan bersama dengan Pengerusi DAP SabahDatuk Phoong Jin Zhe. Beliau ada memberipenerangan berkenaan dinamika dan politik di Sabah dan saya menaruh kepercayaan kepada pimpinan baharu kita,” katanya ditemui selepas KonvensyenBiasa DAP Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.
Turut hadirTimbalan Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo,Pengerusi Pakatan Harapan Selangor yang juga Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari,Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz.
Pada 3 Nov lepas,Pengerusi GRSyang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dilapor berkataperbincangan antara semua parti komponen GRS dengan parti politik terutamanya Pakatan Harapan (PH) dijangka diadakan bulan ini.
Dalam perkembangan lain, Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata dalam tempoh dua tahun ini, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimtelah berjayamencapai kestabilan politik sekali gus menggerakkanekonomi negara.
“Di peringkat Persekutuan, kita sangat kukuh dari segi kerjasama dan Jemaah Menteri berfungsi dengan lancar bukan sahajabersama Barisan Nasionaltetapi juga dengan Gabungan PartiSarawak(GPS) dan GRS.
“Kalau kita dapat membina ekonomi yang kukuh dan mentadbir negara dengan baik dalam tempoh tiga tahun akan datang, jika semua berjalan baik. Sudah tentu kerjasama ini kita harap dapat diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pemilihan Jawatankuasa DAP Selangor untuk penggal baharu berjalan dengan baik dengan barisan kepimpinannya terdiri daripada pelbagai kaum.