Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan lawatan ke tapak Rancangan Tembatan Banjir (RTB) persekitaran kawasan Cyber City Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.KOTA KINABALU, Feb 24 — Deputy Prime Minister, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, visits the Flood Mitigation Plan (RTB) site in the Cyber City area of Kota Kinabalu today.– fotoBERNAMA (2025 ) COPYRIGHT RESERVED
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KOTA KINABALU, 24 Feb (Iteenews) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap semua pemimpin politik di Sabah dapat berlapang dada dan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang demi menjaga kepentingan rakyat, bukannya hanya memikirkan parti mereka semata-mata.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata bagi BN, parti itu bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk sebuah gabungan yang mampu memberikan kestabilan politik di negeri itu.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa BN tidak akan berhenti untuk terus berunding dengan mana-mana parti politik dalam menghadapi PRN Sabah yang akan datang, bagi memastikan rakyat di negeri ini memperoleh hasil terbaik pada pilihan raya tersebut.
"Saya sangat terbuka untuk menjalin kerjasama, pintu tidak akan ditutup rapat tetapi jangan pula dibuka terlalu luas. Kami sangat fleksibel dalam mengadakan perundingan dengan parti gabungan (dalam Kerajaan Perpaduan) demi mencapai kestabilan politik Sabah.
"Rakyat perlu diutamaan supaya masalah politik dapat diselesaikan. Pemimpin parti perlu lebih terbuka, berlapang dada demi rakyat,”katanya kepada pemberita selepas melawat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.
Turut hadir,Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.