PRK Nenggiri: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 13 Ogos

f1216f14fb5277789c8240f305c5ca9966ab03c027bf8Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud

GUA MUSANG, 2 Ogos (Iteenews) — Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), 13 Ogos ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Nenggiri Nik Raisnan Daud berkata kesemua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.

"Tiada pengundian awal akan dibuka di Balai Polis Bertam pada 13 Ogos depan kerana kesemua anggota yang terlibat telah memohon untuk mengundi secara pos.

"Hal ini disebabkan kesemua anggota polis ini akan bertugas sepanjang proses PRK DUN Nenggiri berlangsung," katanya ketika dihubungi Iteenews, hari ini.

Nik Raisnan berkata kertas undi pos perlu diserahkan kepada SPR sebelum4 petang pada hari mengundi,17 Ogos ini.

PRK berkenaandiadakan susulan kekosongan kerusi diumumkanSpeaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepasbekas Ahli DUN ituMohd Azizi Abu Naimdigugurkankeahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PKR berkenaan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 18 Jun, seramai 20,259 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *