Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak (kanan) menyerahkan peti undi kepada Ketua Tempat Mengundi Wan Nazaliza Wan Ismail (tiga, kiri) untuk dibawa ke Pos Gob dan Pos Simpor menggunakan helikopter ketika tinjauan di Padang Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri yang akan berlangsung esok.
GUA MUSANG, 16 Ogos (Iteenews) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagiPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN ) Nenggiri, esok,mencapai 60 peratus.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata keputusan bagi PRK DUN tersebut yang melibatkan 20,259 pengundi berdaftar, dijangka diumumkan seawal pukul 9 malam esok.
Setakat ini, menurutnya persiapan bagi proses pengundian di kesemua 20 Pusat Daerah Mengundi berjalan lancar dan seramai 431 petugas SPR akan digerakkan bagi membantu melancarkan proses pengundian.
“Selain itudua buah helikopter dan 40 pacuan empat roda akan digunakan bagi membantu kelancaran proses pergerakkan peti undi di kesemua 20 pusat mengundi,”katanyaketika ditemui pemberita selepas meninjaupersiapan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi diDewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ikmalrudin berharappara pengundi dapat keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada masa ditetapkan dan menyemak terlebih dahulu pusat mengundi masing-masing, kerana terdapat enam pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal.
“Para pengundi juga diingatkan supaya membawa kelengkapan maklumat mengundi seperti kad pengenalan bagi memudah dan melancarkan proses pengundian berlangsung,” katanya.
PRK itu menyaksikan pertembungansatu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, apabila bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Selain itu, Ikmalrudin dalam kenyataanmengingatkan majikan supaya membenarkan tempoh munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pengundi pada hari mengundi sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.