PRK Nenggiri: Ku Li Janji Awie Akan Jadi Wakil Rakyat Terbaik

e10e6d9d6f2a44975fb91f9a178b551f66bc7ef1d4929Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bersama penduduk setempat pada Program bertemu Veteran UMNO di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG, 14 Ogos (Iteenews) — Calon Barisan Nasional(BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) NenggiriMohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimempunyai pengalamanluas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk, kataveteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh yang jugaPengarahPRK DUN itu untuk BNberkata Mohd Azmawi Fikri sebelum initelah melalui proses pembelajaran yang panjang dari segi cara untuk berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat.

“Jadi tiada perkara baru atau asing bagi dia. Kalau Awie (Mohd Azmawi Fikri)dipilih, saya berani janji dia akan menjadi seorang wakil rakyat yang baik dan boleh berkhidmat untuk rakyat.

“Setahu saya, dia orang yang boleh diharap dan dia bukan sahaja Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, tetapi juga sudah dinaikkan statusmenjadi Ketua Pemuda Negeri dan potensi dia pun bagus,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyantuni kira-kira 30 veteran UMNO di Jeram Tekoh, di sinihari ini.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan hari mengundi Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Awie sebelum ini dilapor telah ‘berkhidmat’ lebih 10 tahun untuk penduduk di kawasanitu ketikabekerja bersama bekas Ahli DUN NenggiriAb Aziz Yusoff.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh yang lebih mesra disapa sebagai Ku Liberkata beliau ingin melihat lebih ramaipenglibatan anak muda seperti Awie untuk menjadi pelapis pemimpin masa hadapan.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *