GUA MUSANG, 16 Ogos (Iteenews) — ‘Perang’ kempenPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan berakhir tengah malam ini, sebelum pengundi masing-masing turun memilih wakil rakyat mereka, esok.
Selama dua minggu, DUN ini mendapat perhatian sepenuhnya dari Barisan Nasional(BN) yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan, dan PAS yang juga mentadbir Kerajaan Negeri, mewakili Perikatan Nasional (PN).
Tidak lekang dari mulut jentera dan calon menyuarakanmasalah penduduk dalam siri ceramah dan di media sosial, terutama berkaitan isu tanah, masalah infrastruktur, peluang pekerjaan dan kebajikan penduduk.
Tempoh kempen ini telah berjaya menyelesaikan masalah kekurangan mesin juruwang automatik (ATM), yang sebelum ini tidak tersedia untuk lebih 20,000 penduduk di kawasan tersebut. Kini, berdasarkan laporan media dan perhatian daripada calon BN, mesin ATM telah dipasang di sebuah perkampungan di DUN tersenut.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.
Bagaimanapun, kempen kedua-dua parti yang berlangsung dengan harmoni, sedikit dicemariapabila sentimen perkauman dimainkan PAS dengan menggelarparti DAP sebagai ‘kafir harbi’ dalam sebuah ceramah sehingga menyebabkan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
Sepanjang tempoh kempen, BN mewakili Kerajaan Perpaduankonsisten memberikan penjelasan dengan menggunakan strategi rumah ke rumah, ceramah kelompok, bagi menangkis persepsi 'kurang baik' dilemparkan pihak lawan di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).
PAS dan PN pula selain membincangkan isu nasional dan tempatan, banyak mencanangisu undi BN dapat DAP bagi meraih undi, sekalipunDAP tidak bertanding pada PRK itu.
Kehadiran 'jeneral' BN,seperti Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut merancakkan kempen di minggu kedua menerusi sembang santai, ziarah dan ceramah kelompok di beberapa tempat.