PRK Nenggiri: Jentera BN Perlu Teruskan Gerak Kerja Hingga Kempen Berakhir

6bfe4a292f4a4ee5493bb9f416d7e1ee66bdc4dd1154cTimbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) meninjau kemajuan kerja fizikal pembaikan cerun jalan negeri di Seksyen 5.8 yang telah mencapai 75 peratus dekat Kampung Limau Kasturi hari ini.

GUA MUSANG, 15 Ogos (Iteenews) — Berbaki kurang 48 jam, jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malamesok.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setiap pengundi di DUN itu perlu sentiasa dibantu dan disantuni termasuk pada hari mengundi Sabtu ini.

"Alhamdulillahsemua berlangsung (kempen) dalam keadaan aman, menunjukkan kematangan demokrasi di negara ini .

"Sepanjang pengalaman saya menyertai kempen PRK sejak tahun 90-an, PRK DUN Nenggiri antara paling harmoni," katanyakepada pemberita selepas meninjau kemajuan kerja fizikalpembaikan cerun di Seksyen 5.8 dekat Kampung Limau Kasturidi sini hari ini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail mewakili PAS.

Kerusi DUN itu kosong berikutan pengumuman Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutanbekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *