fb Zambry Abd. Kadir
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Iteenews) –Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggirimemberi pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO memulakan langkah ke hadapan serta mengembalikan keyakinan rakyat.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirberkatakemenangan gabungan itu sangat bermakna selepas PRK DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang ketika analisis mengatakan Melayu menolak UMNO walaupun yang bertanding rakan daripada Kerajaan Perpaduan,Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Justeru, beliaumenggariskan beberapapemerhatian terhadap keputusan PRK DUN Nenggiriantaranya pemilihan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimemberi banyak kelebihan kepada gabungan itu memandangkan calon BN itu sudah dikenali di kawasan Nenggiri.
“BN juga menukar kaedah daripada ceramah besar-besaran kepada berkampung danprogram ‘taqarrub’. Meskipun tidak kedengaran dentam-dentum ceramah BNtetapi jentera menyelinap masuk ke kampung-kampung dan pusat daerah mengundi (PDM) dengan penuh disiplin.
“AhliUMNO dan BN cukup berdisiplin sebagai pasukan. Mereka mengambil pendekatan underdog ketika menyusun gerak kerja. Pasukan dari negeri-negeri turut membantu BN Kelantan. Mereka tidak meninggalkan pengkalan atau datang sebagai ‘pelancung pilihan raya’.
“Kawasan Orang Asli juga dijaga oleh pasukan bahagian dari Kelantan dan negeri yang berpengalaman dengan Orang Asli iaitu Perak dan Pahang. Meskipun PN dengan lambang PASnya turut membina khemah mereka di kawasan Orang Asli, namun gagal menarik sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini
Mohd Azmawi Fikri atau dikenali Awieberjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri daripada Perikatan Nasional (PN) denganmajoriti besar 3,352 undi selepasmemperoleh 9,091undi dan menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili PN yang meraih 5,739undi.
Daripada sembilan PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, lapan daripadanya menyaksikan status quo iaitu Kuala Terengganu (PN), Simpang Jeram (Pakatan Harapan – PH), Pulai (PH), Pelangai (BN), Jepak (GPS), Kemaman (PN), Kuala Kubu Baharu (PH) dan Sungai Bakap (PN).
Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata kepimpinan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Dr Ahmad Jazlan Yaakub dalam mengemudi jentera negeri Kelantan yang efektifbersama ketua bahagian serta sangatmenekankan disiplin dalam kalangan pasukan antara faktor menyumbang kepada kemenangan.