PRK Nenggiri: Awie Beri Jaminan Manifesto BN Bukan Retorik

83d65020b3cbce9022c838d5b1744c7866b7686c73763Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani beraksi ketika hadir pada Pesta Bola Nenggiri sempena PRK DUN N.43 Nenggiri di Padang Bola Sepak Sungai Asap B, Gua Musang.

GUA MUSANG, 10 Ogos (Iteenews) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimemberi jaminan manifesto yang bakal dilancarkan beliaubukan sekadar retorik.

Mohd Azmawi, atau lebih dikenali sebagai Awie, berkata beliau mengambil lebih masa untuk membincangkan manifesto itu dengan kepimpinan BN bagi memastikan ia benar-benar mampu dilaksanakan.

“Saya tengah bincang dengan pihak kepimpinan sebab saya tidak mahu manifesto ini sekadar manifesto, bila kita berjaya nanti, kita mampu lakukan, saya tidak mahu hanya retorik…kerana orang muda tidak mahu retorik, mereka semestinya mahu keperluan mereka dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikiankepada pemberita selepas program Pesta Bola Nenggiri diKampung SungaiAsap Bhari iniantara penduduk bersama bekas pemain bola sepak Kelantan dan selebriti.

Antara bekas pemain yang hadir ialah Mohd Badhri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Daudsu Jamaludinmanakala selebriti pula Sharol Shiro, Mamak Putih serta Fad Bocey.

Awie, yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan,akan menentang calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itudiadakan susulan kekosongan kerusi berkenaan selepas keahlian bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *