PRK Mahkota: Syed Hussien Mahu Teruskan Legasi Kepimpinan Sharifah Azizah

3ba5245eb65fabda328364c0f2067f4266dc51842a342

KLUANG, 7 Sept (Iteenews) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) MahkotaSyed Hussien Syed Abdullah bertekad meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu menyifatkan Sharifah Azizah sebagai insan yang banyak berjasa kepada masyarakat DUN Mahkotasekali gus beliau mahu memastikan kerusi itu kekal menjadi milik BN.

“Allahyarham sangat berjasa (kepada masyarakat) di kawasan ini dan saya selaku calon akan meneruskan apa (inisiatif dan kerja) yang dibuat beliau,”katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN untuk PRK Mahkota yang dirasmikanPengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamididi sini hari ini.

Ahli perniagaan berusia 40 tahunyang telah bersama UMNO lebih 20 tahun itu turut bersedia menggalas tanggungjawab mewakili suara rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Syed Hussienmenzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti terutama Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua UMNO Bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk meneruskan perjuangan parti di kawasan itu.

Ahli Majlis Perbandaran Kluang Zon Seri Impian yang berkelulusan Diploma Profesional dalam Pentadbiran dan Perniagaandari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) SPACEitu aktif dalam pelbagai kegiatan belia serta kesukarelawanan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dan mampu bertutur dalam bahasa Mandarin.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada14 dan 24 Sept.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *