PRK Mahkota: Syed Hussien Enggan Selesa, Tidak Pandang Rendah Lawan

3af8eb0b60452e56d9675c605e50378e66ea5e95b63d4Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) mengambil peluang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas meluangkan masa bersama penduduk kawasan Kg Melayu pada program Desa Cergas di Laman Komuniti Kg Melayu, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 18 Sept (Iteenews) — Walaupun sokongan pengundi dianggap positif, calon Barisan Nasional (BN) padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah enggan berasa selesa, sebaliknya bertekad untuk terus bekerja keras sehingga tamat tempoh berkempen.

Beliau sekali lag menegaskan bahawa selain kempen kepada pengundi di kawasan, jentera juga akan terus mempergiatkan kempen terhadapkumpulan pengundi 'senyap' dan mereka yang menetap di luar DUN Mahkota menerusi media sosial. Ini bertujuan untuk memastikan peratusan keluar mengundi pada 28 Sept ini,adalah memuaskan.

"Jangan pandang rendah lawan. Walaupun ramai yang mengenali saya dan keluarga di sini, namun masih perlu beringat lawan juga ada kelebihan dan ini (PRK DUN Mahkota) tetap pertandingan yang tidak boleh dipandang ringan. Jangan berasa terlalu selesa.

"Fokus kita untuk terus mendekati pengundi kerana setiap undi amat penting untuk memastikan kejayaan parti," katanya kepada Iteenews selepas menghadiri Program Desa Cergas di Laman Komuniti Kampung Melayu di sini hari ini.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini,.

Pilihan raya sebelum ini menyaksikan Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru menentang Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *