PRK Mahkota: Rekod Jenayah Tak Benar, Pembangkang Ketandusan Isu – Ahmad Zahid

fba43d88bbc1377f5f5b6905bda2658466f531556defa–fotoBERNAMA (2024)

KLUANG, 26 Sept (Iteenews) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pembangkang kononnya calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah mempunyai rekod jenayah.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai modal kempen pihak yang sudah ketandusan isuselepas calon mereka tidak mendapat sambutan.

"Saya telah semak. Beliau (Syed Hussien) tidak ada rekod (jenayah)apatah lagi diheretke mahkamah. Mengikut laporan yang saya baca, ketika umur 20-an, beliau cuba membelaorang buta yang diganggu dan dipukul oleh satu kumpulan.

"Pembangkang ketandusan isu maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi kepada Syed Hussien," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard yang menuntut penjelasan kononnya Syed Hussien mempunyai rekod jenayah dikatakan berlaku pada 2007.

Pada perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata jentera parti dan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan menggiatkan usaha memujuk dan menarik pengundi luar termasuk di Singapura untuk pulang mengundi pada Sabtu ini.

Beliau berkataMenteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah memaklumkan bahawa kaunter di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tambak Johor akan beroperasisecara optimum bermula esok, bagi memudahkan mereka pulang.

"Kita yakin pengundi luar walaupun mungkin tidak 100 peratus balik, namunsebahagian besar mereka mempunyai kesedaran atas tanggungjawab sebagai pengundi dan warga bangsa Johor untuk pulang Sabtu ini, bagi menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *