PRK Mahkota: Polis Lulus 80 Permit Kempen

98a58e36f2267bd648a17d339cab282e66efe53c108a1— fotoBERNAMA (2024)

KLUANG, 22 Sept (Iteenews) — Polis mengeluarkan 80 permit ceramah dan kempen bergerak bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkotasetakat petang ini.

Ketua Polis Daerah KluangACP Bahrin Mohd Noh berkata permit itu antara lain melibatkan penggunaan pembesar suara, ziarah rumah, flash mob, siar raya bergerak dan ceramah berkelompok.

"Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan salah laku melibatkan 3R (kaum, agama dan raja)," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembunganantara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN)Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *