PRK Mahkota: Persediaan Akhir Menjelang Hari Mengundi Lancar

722c84dfb6e28205d890f9503264658e6602d173d67b9Datuk Ikmalrudin Ishak. (Gambar Fail)

KLUANG, 27 Sept (Iteenews) — Persiapan untuk hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esokberjalan lancar, kataSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata sebanyak 1,126 petugas digerakkan bagi membantu proses PRK berkenaan.

"Semuanya berjalan baiktermasuk proses semakan borang dan dokumen berkaitan serta bekalan dakwat, selain kertas undi turut diperiksa.

"Begitu juga dengan persiapan di 20 pusat mengundi yang akan dibuka esok," katanya kepada Iteenews selepas meninjau persediaan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini hari ini.

Sehubugan dengan itu,Ikmalrudin menyeru pengundi untuk keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan merancang perjalanan ke pusat mengundi ekoran cuaca diramal hujan pada petang esok.

Pengundi juga diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan menyemak maklumat awal seperti pusat mengundi dan saluran mengundi bagi melancarkan proses pengundian.

Berhubung perjalanan kempen, Ikmalrudin berkataproses itu berjalan lancar dengan semua pihak memberi kerjasama kepadaSPR.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *