fb Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Iteenews) — Beberapa pemimpin tertinggi parti gabunganKerajaan Perpaduan mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah atas kemenanganpada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersyukur atas kemenangan calon BN di DUN tersebut yang memberikan semula mandat kepada partinya.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kemenangan BN di DUN Mahkota. Moga kita terus tawaduk, mara dalam saf mantap, bertindak dalam wahdah, kembali berkibar panji BN demi rakyat dan negara,” katanya.
PRKDUNMahkota menyaksikan BNmengekalkan kerusi DUN berkenaan apabilaSyed Hussien menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan majoritibesar 20,648 undi.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabuturut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu.
Naib Presiden AmanahDatuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Syed Hussien ke dalam keluarga Kerajaan Perpaduan.
“PRKMahkotaini adalahisyarat jelas bahawa rakyat mahukan keharmonian masyarakat, kestabilan politik dan kemakmuran negara secara umumnya. Inilah juga yang kita tawarkan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, PMX(Perdana Menteri ke-10) kita.
“Sempena melangkaui 22 bulan usia Kerajaan Perpaduan, saya menyeru semua pihak agar menghentikan segala sengketasupaya kitaboleh memberikan sepenuh fokus kepada usaha untuk merancakkan ekonomi, membangunkan negaradan membina ummah yang MADANI,” katanya.
Timbalan Presiden UMNODatuk Seri Mohamad Hasan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di DUN Mahkota yang kekal memberi kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di DUN itu.