PRK Mahkota Model Kempen Jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

616bee8f714141367ab8f4e9d999d7a366dc476b21967Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KLUANG, 7 Sept (Iteenews) — Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah pentingkerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan rayaakan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteriberkata hal ini demikian kerana buat kali pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, semua parti komponen dalam BN dan Pakatan Harapan (PH) terlibat dalam PRK DUN Mahkota.

“Semua jentera parti politik Kerajaan Perpaduan ada untuk PRK DUN Mahkota ini. Jadi, kemenangan yang akan dicapai ialah kemenangan yang signifikan. Jika berlaku lagi pilihan raya selepas ini, model dan formula ini akan digunakan.

“Saya yakin di Mahkotasemua jentera Kerajaan Perpaduan akan buktikan solidariti mereka, ini ialah jentera kerajaan MADANI. Formula ini, cara ini akan kita guna dalam Pilihan Raya Umum ke-16 agar kita terus kekal jadi kerajaan,”katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN untuk PRK DUN Mahkota di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Presiden MCADatuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden MIC Datuk Dr R. Nelson.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kemenangan BN di PRK DUN Nenggiri memberikan semangat baharu kepada gabungan itu, sekali gus membuktikan pihaknya boleh menang walaupun di kawasan lawan.

“Kita telah buktikan walaupun Nenggiri itu bukan di negeri (milik) kita, kerusi itu juga kita kalah sebelum ini, tetapi atas komitmen yang ditunjukkan kita boleh menang dengan cemerlang.

“Insya-Allah, saya juga yakin tidak akan berlaku sabotaj untuk memenangkan calon kita. Calon (PRK Mahkota) ini telah dipilih daripada senarai 17 nama yang diberi sebelum ini. Kita telah kaji tahap boleh menang calon mengikut kriteria 'WALI' (winnable, acceptable and likeable),”katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diumumkansebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *