PRK Mahkota: Mahasiswa Baharu Mengundi Dibenar Daftar Lewat

3519f0fca8966c6a95c01782b60d1a9266891cef295bf

KLUANG, 20 Sept (Iteenews) –Kementerian PendidikanTinggi (KPT) memberikan kelonggaran mendaftar lewat kepada mahasiswabaharu universiti awam yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)Mahkota sehingga 29 Sept ini.

Menteri berkenaanDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata keputusan itu diambilbagi menghormati hak pengundi seperti tertakluk dalam Perlembagaan, mengambil kira hari pengundian bagi PRK itu ditetapkan pada 28 Sept ini.

“Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 universiti awam sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan,” katanya menerusikenyataan hari ini.

Zambry berkata mahasiswa yang terlibat boleh berhubung terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing untukmemaklumkan status sebagai pengundi di PRK DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63,pada 2 Ogos lepas.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasioanal (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *