Calon Barisan Nasional Syed Hussien Syed Abdullah (depan, tengah) meraikan kemenangan dengan bergambar bersama kepimpinan tertinggi Barisan Nasional selepas diumumkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.
Daripada Hasnah Jusid
BEIJING, 29 Sept (Iteenews) — Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam merupakanisyarat jelas kepada pembangkang bahawa retorik dan polemik yang sering dimainkan mereka tidak lagi ‘berbisa’ untuk meracuni pemikiran pengundi.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu juga menunjukkan bahawa isu-isu 3R iaitu raja, agama dan kaum sudah tidak berupaya memecahkan perpaduan yang jitu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.
“Hentikanlah, kita fokus kepada idea kita, usaha untuk menjana idea yang lebih bernas, lebih baik supaya kita dapat menyumbang kepada negara. Kemenangan ini bukti formula perpaduan diterima rakyat dan kita perlu berusaha lebih gigih untuk menyelesaikan isu-isu dihadapi rakyat,” katanya kepada Iteenews di sini.
PRK DUN Mahkota menyaksikan calon BNSyed Hussien Syed Abdullahmenewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 20,648 undi, sekali gus BNmengekalkan kerusi DUN berkenaan.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar itu dengan laporan awal menjangkakan kemenangan dengan kira-kira majoriti 10,000 undi.
Beliau berkata keputusanitu sudah pasti membakar semangat parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan usaha menyantuni dan menyelesaikan masalah rakyat terutama membabitkan kos sara hidup.
Fahmi berkata iamenjadi peluang kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk mencari strategi tepat bagi menempa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16.