PRK Mahkota: Isu Sijil Halal Tidak Jejas Kerjasama UMNO, DAP – Nga

f7a33166e8f8be21b966be61dd45e5b566e4151d6e9b5Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming ketika bertemu pengamal media selepas merasmikan parkir awam di Hospital Teluk Intan hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

TELUK INTAN, 13 Sept (Iteenews) — Pergeseran berkaitan isu pensijilan halal tidak sesekali menggugat persefahaman antara UMNO dan DAP, yang kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata ia juga tidak akan menjejaskan kerjasama jentera dua parti itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pada 28 Sept.

“Yang penting kami akan sokong calon Kerajaan Perpaduan, yang perselisihan faham (antara Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok) biar pucuk pimpinan yang selesaikan.

“Tiada sesiapa yang terganggu. Fokus kita ialah memenangkan calon Kerajaan Perpaduan, tidak kira dia daripada parti mana, dia mewakili Kerajaan Perpaduan, DAP dan seluruh jentera parti akan bertungkus lumus turun padang beramai-ramai untuk bantu,” katanya selepas majlis perasmian parkir awam Hospital Teluk Intan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pergeseran antara Dr MuhamadAkmal dan Kokakan menjejaskan kerjasama UMNO dan DAP ketika PRK DUN Mahkota.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota.

Semalam dilaporkan Kokmengemukakan surat tuntutan (LOD) kepadaAhli Dewan Undangan NegeriMerlimau itu menerusi firma Sankara Nair and Partners, menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Dr Muhamad Akmal atas dakwaan putar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Nga berkata sokongan kepada UMNO padaPRK Mahkota juga, sebagai manifestasi membalas budi kerjasama jentera UMNO ketika DAP memenangi PRK Kuala Kubu Bharu.

“Saya ucap ribuan terima kasih kepada kawan-kawan UMNO, saya percaya setiakawan adalah amat penting untuk pastikan ekonomi dan politik negara kita stabil,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *