PRK Mahkota: Fasa Pertama Kempen Harmoni, Santai Mengikut \’Cara Johor\’

ce0f826e5b66f716e9f0935dd0588b7d66ee74777dd77 Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah menunggang motosikal masing-masing bagi menghadiri program Jelajah Orang Mahkota 2024 di Dewanraya Kampung Bentong hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA e2cb3b2ba5f47dbb0abceb14f970db2366ee741503c4c Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyertai aktiviti futsal yang diadakan sempena program Jelajah Orang Mahkota 2024 di Dewanraya Kampung Bentong hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA bbef4e9f3d669aec1f2146537fe0616d66ee735fdb334 Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) meluangkan masa memancing bersama penduduk Taman Ilham hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 21 Sept (Iteenews) — Kempen ‘Cara Johor', ituperingatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tamat pada Sabtu lepas.

Beliau berkata kempen 'Cara Johor' mementingkan aspek keharmonianjusteru pihak bertanding baik daripada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) diminta tidak terlalu 'ghairah dengan emosi' semasa berkempen sehingga menyentuh perkara yang boleh menjejaskan perpaduan seperti isu 3R (kaum, agama dan raja).

Bagi orang luar, tentunya teruja untuk melihat kempen 'Cara Johor' dan selepas seminggu tempoh berkempen, boleh disimpulkan kempen PRK DUN Mahkota berlangsung dalam situasi tenang tanpa sebarang keributan, sesuai dengan pengiktirafan Kluang sebagai antara Bandar Bahagia pada 2022.

Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dan calon PN Mohamad Haizan Jaafar, 61, masing-masing menggunakan pendekatan pintu ke pintu dan program skala kecil seperti sukan bola sepak, memancing, sesi dialog dan sembang santai tanpa penganjuran ceramah mega setakat iniuntuk mendekati pengundi.

Jika dibandingkan dengan beberapa siri PRK sebelum ini, boleh dikatakan jumlah bendera atau poster pihak bertanding juga sangat kurangdengan hanya beberapa lokasi dalam DUN Mahkota, khususnya di taman perumahan dapat dilihat berlaku perang benderanamun boleh dikatakan 'dalam skala kecil'.

Syed Hussien juga dilihat selesa berkempen dengan cara itu, walaupun jadualnya padat sejak Subuh sehingga tengah malam bagi membolehkan beliau bertemu seramai mungkin penduduk yang digelarnya sebagai keluarga besar, mengambil kira beliau sudah dikenali ramai menerusi perniagaan makanan keluarganya.

Walaupun tidak secara besar-besaran, ceramah tetap diadakan seperti ceramah berkelompok Perpaduan oleh BNyang disertai rakan dari Pakatan Harapan (PH) termasuk Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dan Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan,secara tidak langsung menidakkan dakwaan berlaku keretakan hubungan Kerajaan Perpaduan.

Bagi PN, ceramah sememangnya agenda utama pada pilihan rayadan untuk kali iniantara kepimpinan yang turun padang ialah Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PN negeri Datuk Dr Sahruddin Jamaldengan ceramah itu juga berlangsung kecil-kecilan.

Secara keseluruhansetakat Khamis lepas, polis dilaporkan meluluskan 38 permit ceramah dan kempen bergerak iaitu sembilan kepada BN manakala bakinya kepada PNdengan hanya menolaksatu permohonan setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *