PRK Mahkota: Amanah Bidas Tindakan Pecah Belah Kerjasama Kerajaan Perpaduan

6d6630360c276484f546afa72ccc6ba564f1d3bd50e19Aminolhuda Hassan

KLUANG, 20 Sept (Iteenews) –Pengerusi Amanah JohorAminolhuda Hassan membidas tindakan pemimpin pembangkang yang memainkan isu penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan memecahbelahkan kerjasama erat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan calon wakil Kerajaan Perpaduan iaitu Syed Hussien Syed Abdullah dari BN.

"Walaupun kami pernah mengutarakan (penubuhan) Kerajaan Perpaduan di Johortetapikami memahami bahawakami ada pemimpin lebih tinggi di peringkat kerajaan Persekutuanbukan sahaja dari Amanah tetapi dari PH iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami melihat perkara lebih besariaitu kerajaan Persekutuan. Lebih penting untuk kita jaga dan pastikan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat terus kukuh sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Sebab itu, kita mengambil pendekatan ada kerjasama di Johor walaupun (kerajaan Perpaduan) belum lagi wujud," katanya.

Aminolhuda berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah berkelompok Perpaduan di sini malam tadiyang turut dihadiri Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk SeriAhmad Maslan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan mencabar Menteri Besar JohorDatuk Onn Hafiz Ghazi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor sekiranya BN mengekalkan kerusi DUN Mahkota pada PRK itu.

Semua 11 ahli Exco kerajaan Johor yang dilantik selepas Pilihan Raya Negeri pada 2022 yang berlangsung sebelum PRU ke-15, adalah daripada BN. Kerjasama antara BN dan PH di peringkat Persekutuan bermula selepas PRU lepas.

Selain itu, Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading mempersoalkan bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi PRK DUN Mahkotasedangkan pembangkang sendiri telah menolak Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan daripada kerajaan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini menyatakan ketetapan mereka menolak dua draf MoUantara kerajaan dengan pembangkang kerana mendakwaia mempunyai niat tersirat untuk mengekang kebebasan Ahli Parlimennya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *