PRK DUN Mahkota: Surat Layang Tidak Beri Kesan Kepada Calon BN – Ahmad Zahid

263fe955fd433a25d50c36e9b692140a66f14077882f5Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi Usahasama Strategik diantara Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPETROL) hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 23 Sept (Iteenews) — Penyebaran surat layang yang mendesak pengundi Cina supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini tidak memberi kesan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seluruh jentera membabitkan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bertungkus lumus untuk memastikan semua pengundi keluar menunaikan kewajipan mereka pada 28 Sept ini.

"Semalam, perkara itu dibawa oleh Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) kepada saya sebab saya berada di DUN Mahkota.

"Didapati ia (penyebaran surat layang) tidak ada pengaruh dan tidak mempengaruhi pengundi Cina," kataTimbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara serta sesi libat urus 66 syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta bersama 12 kementerian di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata beberapa usaha dilakukan bersama parti komponen untuk memastikan pengundi terutama golongan Cina keluar mengundi agar peristiwa semasaPRK DUN Sungai Bakap tidak berulang.

Beliau berkata ini keranaterdapat pengundi tinggal di luar DUN Mahkota iaitu di DUN Mengkibol atau di luar daerah Kluang malah ramai yang bekerja di Johor atau Singapura.

Pada 21 Sept lepas, Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi daripada DAPmendakwa terdapat perbuatan memasukkan surat layang ke dalam peti surat bagi meminta pengundi Cina menolak calon UMNO iaituSyed Hussien Syed Abdullah.

Wong mendakwa surat itu ditulis dalam Bahasa Cina dan bertajuk Seruan kepada pengundi dalam pilihan raya kecil Mahkota: Kami harap untuk melihat layanan adil untuk semua rakyat di Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *