PRK DUN Mahkota: Seluruh Jentera Kerajaan Perpaduan Digerakan Sepenuhnya – Asyraf Wajdi

a221b723ebf5e9b6a96d6aa503ba748466cdfd13b6455Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Iteenews) –Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu, ditetapkan dalamMesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, hari ini.

“Mesyuarat menyokongpenuh calon Barisan Nasional (BN) di PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduanyang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi berkata mesyuarat itu turut memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRK DUN Mahkota, dengan pelantikan Menteri Besar JohorDatuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK danAminolhuda Hassan sebagai Penyelaras Jentera Pakatan Harapan (PH).

“Mesyuarat turut memandang serius isu 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukanRaja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat turut menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada BNkerana memenangi PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCADatuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook berkata beliau turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang dipengerusikanPerdana MenteriDatukSeri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata mesyuarat itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta semua pimpinan parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Pelbagai isu berkaitan dengan kepentingan negara dan kebajikan rakyat telah dibincangkan dan Perdana Menteri telah pun menyampaikan pelbagai input penting kepada hadirin agar agenda pembangunan negara diteruskan dengan baik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *