PRK DUN Mahkota: Polis Lulus 13 Permit Ceramah, Kempen Bergerak

029e94a8133e7b6771f2849eb6b82f6666e7f9df75e8b— fotoBERNAMA (2024)

KLUANG, 16 Sept (Iteenews) — Polismeluluskan 13 permit ceramah dan kempen bergerak yang dipohon parti politikbertanding bagiPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sejak hari penamaan calon Sabtu lepashingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang berkata daripada jumlah itu, tujuh permit membabitkan ceramahdan baki enam lagi bagi kempen bergerak, manakala tiada sebarang permohonan permit ditolak setakat ini.

“Sebanyak 11 permit diluluskan untuk blok Perikatan Nasional (PN) melibatkan enam ceramah dan lima kempen bergerak, manakala bagi Barisan Nasional (BN) pula masing-masing satu ceramah serta kempen bergerak.

PRK DUN Mahkotamenyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN Mohamad Haizan Jaafar.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsomdi sini.

Selain hari mengundi pada 28 Sept, SPR juga menetapkan 24 Sept sebagai hari undi awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *