PRK DUN Mahkota: DAP Bantu Kempen Calon BN – Loke

3519f0fca8966c6a95c01782b60d1a9266891cef295bf

PELABUHAN KLANG, 27 Ogos (Iteenews) — DAP akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan berlangsung kelak.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata perkara itudiputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan semalam, selain turut menamakan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi sebagai penyelaras utama dalam membantu kempen itu.

"Kita sentiasa berada dilapangan… kita ada pusat khidmat dan cawangan-cawangan kita di sana selain memilikipetugas parti sepenuh masa di kawasan itu.

Kesemua mereka ini akan dikerahkan untuk membantu kempen memenangkan calon Kerajaan Perpaduan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Latihan dan Profesionalisme Industri Pelabuhan Dan Haulier (PATH) Peringkat Kebangsaan di Pelabuhan Utara di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata ekonomi semakin mengukuh dan kemakmuran negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan akan menjadi naratif yang bakal dibawa DAP dalam memikat hati pengundi sekali gus mempertahankan kerusi itu pada PRK berkenaan.

"Di Johor banyak perkembangan ekonomi, pelaburan baharu projek-projek pengangkutan dan infrastruktur yang besar berlaku di sana, termasuk di Kluang dengan siapnya projek landasan berkembar Gemas ke Johor Bahru yang akan melalui Kluang tidak lama lagi.

DUN Mahkota berada di bawah Parlimen Kluang yang pastinya akan mendapat limpahan manfaat daripada pembangunan ini," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepasketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *