PRK DUN Ayer Kuning: BN Tukar Tarikh Umum Calon Kepada 7 April

9a395b098b025af7617109b358cfab1267deb111513f3Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bercakap pada media pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA.

TAPAH, 22 Mac (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) menukar tarikh pengumuman calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning daripada 5 April kepada 7 April ini, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BNyang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamididi Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh.

"Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat kebangsaan dijangka diadakan pada 5 Aprildi Melaka, jadi semua orang ke sana dan pada keesokannya kita turut mengambil kira orang ramai akan pulang ke kawasan masing-masing selepas seminggu berhari raya, jadi lebuh raya akan sesak.

“Oleh itu, kita akan mengadakan pengumuman pada 7 April bersempena dengan Sambutan Aidilfitri Parlimen Tapah," katanyakepada pemberita selepas merasmikan Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Saarani berkata BN tidak pernah meragui kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap gabungan berkenaandan berharap golongan terbabit akan terus memberi sokongan penuh pada PRK itu supaya BN dapat meneruskan kesinambungan membantu rakyat.

Saarani berkata secara keseluruhan, DUN itu mempunyai sebanyak 2,156 pengundi Orang Asli dengan sebahagiannya berada di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bidor.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata BNtidak gentar menghadapi mana-mana calon termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau pertandingan lebih tiga penjuru pada PRK itu.