PRK Ayer Kuning: Tiada Boikot, Pemuda UMNO Tapah Aktif Berkempen

1e5c1d70cca55b260d377f51cfaaf0f967bdce64b1f78Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

TAPAH, 20 April (Iteenews) — Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dakwaan kononnya Pemuda UMNO Bahagian Tapah memboikot kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) AyerKuning Dr Mohamad Yusri Bakir.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan hanya mainan politik pihak lawan yang kehabisan modal menjelang hari pengundian pada 26 April ini.

Dr Muhamad Akmal berkata Ketua Pemuda UMNO Bahagian TapahFahmi Ahmad Jakhisi berada di barisan hadapan bersama jentera, menganjurkan pelbagai program bersama anak muda, majlis keagamaan dan program sentuhan komuniti sejak awal kempen lagi.

“Dari hari pertama kempen, saya sendiri lihat Pemuda Tapah bekerja keras siang dan malam. Tiada langsung unsur boikot seperti yang cuba dimainkan," katanya ketika berkempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Mengkuang di sini hari ini.

Beliau optimis anak muda di Ayer Kuning menyokong BN berikutan sambutan memberangsangkan terhadap program-program yang dianjurkan sejak awal kempen.

Dr Muhamad Akmal berkata gerak kerja Pemuda UMNO menggunakan strategikomunikasi berhemah tanpa serangan peribadi atau retorik politik melampau ketika berkempen yangdisenangi generasi muda.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).