PRK Ayer Kuning: Sentimen Pemimpin Melayu Dalam DAP Tak Jejas Sokongan – Syahredzan

dc288e259b915da581055631ed44c29464ae9a63cc090

TAPAH, 18 April (Iteenews) — Sentimen mengenai pemimpin Melayu dalam DAP tidak menjadi penghalang untukmenambat hati pengundi padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, kata Naib Pengerusi Kebangsaan DAPSyahredzan Johan.

Beliau berkata persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan penyertaan pemimpin Melayu dalam parti itu berpunca daripada kurangnya pendedahan dan interaksi secara langsung dengan masyarakat setempat, khususnya di kawasan luar bandar.

“Ini soalan yang selalu diketengahkan kepada saya…saya fikir kebanyakan persepsi itu datang daripada situasi yang mungkin mereka tidak mengenali pemimpin-pemimpin Melayu DAP. Jadi orang kata tak kenal maka tak cinta.

“Pada masa yang sama di Perak adaNaib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari, jadi saya fikir warga Perak tidaklah asing dengan DAP,” katanya ketika ditemui pemberita di gerai Capati Perak, di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Young SyefuraOthman.

Syahredzan berkata DAP komitedmenyokong calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir danfokus kempen ialah kesinambungan perkhidmatan yangditinggalkan oleh penyandang terdahulu bagi memastikan pembangunan dan kebajikan penduduk Ayer Kuning terus terjamin.

Beliau berkata DAP telah diberikan tanggungjawab membantu di 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM), dengan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan peratusan keluar mengundi.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antaraMohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.