Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab pertanyaan media ketika hadir membantu Calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir (kanan) pada tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Restoran Capati Perak hari ini.
TAPAH, 18 April (Iteenews) –Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi mudadan kali pertama menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.
Beliau berkatasebagai pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik selepas mencapai usia 18 tahun, golongan berkenaan perlu memahami peranan penting mereka dalam menentukan wakil rakyat di kawasan berkenaan.
"Kita tidak mahu melihat peratusan keluar mengundi berada di bawah 50 peratus," katanyakepada pemberita selepas turun padang bersama calon BN DrMohamad Yusri Bakir di sini hari ini.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNOberharap peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning melebihi 70 peratus.
Mengulas perjalananjentera parti dalam tempoh seminggu kempen, Mohamad berpuas hatidengan kelancaran gerak kerja yang tersusunrapibagimeraih sokongan pengundi.
Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).