PRK Ayer Kuning: Kemenangan Manifestasi Jelas Rakyat Kepada Kerajaan MADANI – Ahmad Zahid

1865e55e266c5dc57ed41124bd69b498680cf2afc804cCalon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir ketika diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah.

BAGAN DATUK, 26 April (Iteenews) — Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini adalah manifestasi jelas sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu juga petanda sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduandi Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepadaMohamad Yusri atas kemenangan berkenaandan berharap wakil rakyat baharu itu dapat meneruskan perkhidmatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer KuningAllahyarham Ishsam Shahruddin kepada rakyat kawasan tersebut.

“Terima kasih juga kepada Menteri Besar Perak yang telah mengetuai jentera pilihan raya kerana saya tahu beliau telah meletakkan keutamaan PRK Ayer Kuning sejak bulan puasa lagi dan sudah tentu penat lelah beliau telah membuahkan hasil dan saya ucap terima kepada semua,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di sini malamini.

Menerusi hantaran di laman Facebook pula, Ahmad Zahid berkata 10 daripada 11 Pusat Daerah Mengundi yang tewas kepada pembangkang pada PRU lepas kini kembali semula ke pangkuan BN.

Beliau berkatakemenangan itu menjadi bukti jelas bahawa rakyat semakin bijak menilai.

"Mereka menolak politik kebencian dan memilih kestabilan, kemajuan serta kepimpinan yang berwibawa.

"Ia juga isyarat kukuh bahawa Kerajaan Perpaduan diterima kerana mampu mengurus tadbir negeri dan negara dengan baik, berasaskan prinsip perpaduan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat," katanya.