Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama kepimpinan tertinggi parti komponen berkumpul di pekarangan Bangunan UMNO Tapah sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka di sini, hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dr Mohamad Yusri Bakir
TAPAH, 12 April (Iteenews) –Gabungan jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)diyakini mampu memberikan impak besar, dalam memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Calon BN Dr Mohamad Yusri Bakirberkata gerak kerjaBN dan PHtelah disusunrapi bagi mendekati pengundi dalam tempoh 14 hari berkempen.
“Kombinasi BN dan PH adalah sangat baik, kita yakin kedua-dua jentera parti akan membuahkan hasil yang sangat hebat,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Merdeka di sini hari ini.
Mohamad Yusri berkata beliau bertekad untuk meneruskan perancangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin, khususnya dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar di kawasan itu.
“Insya-Allah, kita juga akan teruskan pelaksanaan keperluan-keperluan rakyat yang telah dikenal pasti,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calonParti Sosialis Malaysia (PSM)Bawani KS.
Sementara itu,Abd Muhaimin berkatakempennyaakan berasaskan kepada keikhlasan serta kasih sayang.
“Kita akan guna kempen yang baik, kempen yang datang daripada hati,penuh kasih sayang kerana kita mahu hidupkan demokrasi,” katanya.
Bawani pula berkata beliau akan memberikan tumpuan kepada hak dan kepentingan rakyat seperti peluang pekerjaan, khususnya kepada golongan muda dan B40 di DUN tersebut.