​​​​​​​PRK Ayer Kuning: Calon PSM Lancar Manifesto, Kemuka Tiga Janji

f2396b0087c252fec25b007d2580c3dd67fdfe6b4e445Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir beramah mesra bersama penduduk setempat pada hari keempat kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Simpang Tiga hari ini.

TAPAH, 15 April (Iteenews) — Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS menjadi calon pertama bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuningmelancarkanmanifesto, memfokuskan tiga perkara utama.

Ia meliputipembangunan seimbang dan sekata, kemudahan asas yang mencukupi serta kecekapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bawani berkata menerusitawaran pembangunan seimbang dan sekata, ia merangkumi aspek menaik taraf pekan sekitarAyer Kuning, mewujudkan peluang pekerjaan dan pembinaan rumah mampu milik di bawah RM100,000.

"PSM juga menawarkan, antaranyamenyelesaikan gangguan bekalan elektrik, meningkatkan kekerapan bas awam danmewujudkan fasiliti awam seperti bank dan pejabat pos menerusi fokus kemudahan asas,” katanya ketika melancarkan manifesto di hadapan Stesen Bas Tapah di sini.

Selain itu, menerusi fokus kecekapan PBT, PSM menawarkan usaha menaik tarafsistem perparitan sertapenyelenggaraan taman rekreasi dan ruang awam.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, Abd Muhaimin dan calon PSM Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April manakala pengundian awal pada 22 April.