TAPAH, 20 April(Iteenews) — Di sebalik raut wajah yang serius, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer KuningDr Mohamad Yusri Bakircukup disenangi dan mudah didekati ramai, menurut bekas rakan sekerjanya.
Pesara guruMohd Nor Bahari Baharudin, 58, berkata beliau mengenali Mohamad Yusri sekitar1990-an ketika bersama-sama mengajar di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti di sini.
“Dia rakan sekerja yang banyak membantu danmudah untuk minta tolong. Selalu apa-apa masalah kami, dia boleh bantu selesaikan dan satu kelebihannya beliau mempunyai ingatan yang cukup kuat … tanya nama anak, nombor kereta, dia boleh ingat,” katanya ketika ditemui Iteenews di Program Jualan Rahmah MADANI di Tapah Road di sini.
Mengimbau kenangan lucu bersama Mohamad Yusri, Mohd Nor Bahari berkongsi mereka pernah terlewat menunaikan solat Jumaat kerana terlalu asyik berbual tentang masa depan dan perancangan hidup.
“Zaman bujang dulu, kami memang selalu melepak bersama. Rumah kawan-kawan yang dah berkahwin akan menjadi tempat kami berkumpul,” katanya sambil ketawa.
Bekas guru Sains Komputer ituberkatasebaik mengetahuiMohamad Yusri diumum sebagai calon BN, beliau berasa bangga dan yakin dengan kemampuan rakannya itu untuk mewakili rakyatdi Ayer Kuning.
Mohd Nor Bahari berkata Mohamad Yusri juga datang dari keluarga yang mementingkan agama kerana bapanyajugaseorang ustaz.
PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusiIshsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feblepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.