PRK Ayer Kuning: Bukan Sekadar Janji, Calon BN Bawa Agenda Pembangunan

182786da96156f89831af783f3333eb86801d865c033aCalon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir dan Calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Pekan Ayer Kuning hari ini.Mereka turut dilihat saling bertukar pendapat dan menjalankan kempen secara harmoni ketika bertembung di lokasi tersebut.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

TAPAH, 18 April (Iteenews) –Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir berkata beliautidak turun ke gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan menabur janji kosong, sebaliknya membawa komitmen untuk memperjuangkan agenda pembangunan termasuk kepada golongan belia.

Beliau berkata ini termasuk meneruskan perancangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin untuk mewujudkan sebuah kompleks sukan bersepadu di DUN itubagi manfaat komuniti setempat.

“Kita bukan datang sekadar bawa janjitetapi kita datang dengan semangat untuk teruskan usaha yang telah dirintis dan cari ruang yang praktikal untuk bantu golongan belia berkembang,” katanya kepada Iteenews selepas mengadakan tinjauan mesra di Pekan Air Kuning di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata selain pembangunan fizikal, tumpuan juga diberikan kepada aspek pembangunan potensi belia menerusi pendedahan kepada kemahiran, ekonomi dan aktiviti komuniti.

Beliau berkata pendekatan BN bukan sekadar merancangtetapi turut melibatkan libat urus secara langsung dengan belia untuk memahami realiti semasa dan cabaran yang mereka hadapi.

Sebanyak 45.9 peratus daripada keseluruhan 31,897 pemilih berdaftar di DUNAyer Kuning merupakan individu berusia antara 18 hingga 39 tahun.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini yang diadakan berikutankematian Ishsamakibat serangan jantung pada 22 Feb lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.