PRK Ayer Kuning: BN Usaha Tawan Pengundi Atas Pagar – Mohamad

3c0f4e6b078206cf5ec913f33f7f690b6800e0cc56711Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) beramah mesra dengan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir (kiri) ketika membantu beliau berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Pusat Daerah Mengundi Batu Tiga hari ini.PRK DUN Ayer Kuning akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calor BN, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimi Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS pada 26 April ini.

TAPAH, 17 April (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) akan berusaha menawan sokongan pengundi ‘kelabu’ atau atas pagarterutama dalam kalangan anak muda padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini memerlukan pendekatan khusus menerusi sesi dialog dan penerangan yang telus berhubung isu-isu semasa serta hala tuju parti.

"Anak muda tidak boleh dibiarkan terus keliru atau menjadi mangsa kepada mainan persepsi politik yang tidak berasas," katanyakepada pemberita ketika turun padang meninjau gerak kerja jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga di sinihari ini.

Sementara itu, Mohamad berkatagerak kerja parti itu pada kempen PRK yang memasuki hari keenam hari ini, berjalan lancar dengan usaha menyantuni seramai mungkin pengundi sedang giat dijalankan.

Beliau berkata setiap PDMtelah ditetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi memastikan jentera parti dapat mengurus kempen dengan teratur dan berkesan.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antaracalon BN Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).