PRK Ayer Kuning: BN Lebih Berminat \’Jual\’ Calon Berbanding Hentam Lawan

a103a2be1387d220ad6a5dedf1114965680783198514bPengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama jentera parti ketika hadir membantu calon BN berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Kampung Rahmat hari ini.

TAPAH, 22 April (Iteenews) –Barisan Nasional (BN)lebih berminat untuk 'menjual' calonnya berbanding menghentam pihak lawan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)Ayer Kuning.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkatastrategi itu lebih dekat dengan rakyat serta mencerminkan kematangan politik BNyang mahu memenangi hati pengundi secara bersih dan berhemah.

"Saya beritahu jentera, BN perlu tampil berbeza daripada parti lain, kita tak hendak kempenpolitik 'bantai' orangsebaliknya kita mahu 'jual'calon kita,” katanyakepada pemberita selepas bertemu jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rahmatdi sini hari ini.

Mengenai perjalanan kempen PRK itu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kerjasama baik antara jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk memenangkan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir membuktikan kesepakatanKerajaan Perpaduan.

"Kalau ada konsep ini, parti bagus, calon baik dan jentera bersatu padu, selalunya agak sukar untuk kalah. Kita minta mereka teruskan kerja ini hingga akhir kempen," katanya.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry AbdKadir pula berkatakaedah kempen secara sederhanamampu mengekalkan keharmonian pelbagai kaum yang terbina sejak sekian lama di negara ini khususnya di DUN Ayer Kuning.

Menteri Pendidikan Tinggi itu berkatapersefahaman dan perpaduan kaum di DUN Ayer Kuning sudah lama wujud menerusikomposisi kepimpinan pelbagai kaum di Parlimen Tapah.

“Ketika saya menjadi Menteri Besarjuga sudah begitu…wakil rakyatnya pelbagai, ada Melayu, Cina, India, ini bagi saya simbol kepada perpaduan penduduk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Outreach KPT@Tapah di sini.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan dipilih sebagai Ahli Parlimen Tapah manakaladua kerusi DUNdi Parlimen itu iaitu Ayer Kuning dan Chenderiangmasing-masing diwakili Allahyarham Ishsam Shahruddin (UMNO) serta Choong Shin Heng (MCA).