PRK Ayer Kuning: Amanah Yakin Dapat Bantu Menangkan Lima PDM

33115fad30bc4bbe9eb7b6c66259564a67fa5fd088a81Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) dan calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir (dua, kiri) berbual mesra ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Tanjung Keramat hari ini.

TAPAH, 12 April (Iteenews) — Parti Amanah Negara (Amanah) yakin dapat membantu memenangkan lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dipertanggungjawabkan kepada parti itu dalam memastikankerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kekal milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Ayer Kuning.

Lima PDM itu ialah Tanjung Keramat, Ayer Kuning, Sungai Kroh, Ayer Kuning Selatan serta Batu Tiga.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jentera parti itu diyakini mampu menepis dakyah pembangkang terutama berhubung dakwaanIslam terancam di negara ini.

“Pembangkang sudah ketirisan modal apabila membangkitkan isu Islam terancam, sedangkan hal itu sudah banyak kali dijawab kerajaan,” katanyakepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Amanah di sini hari ini.

Turut hadircalon BNbagi PRKDUNAyer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir.

PRKDUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calonPerikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.