Kredit: FB Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Iteenews) –Persidangan Mahasiswa UMNO (PMU) 2024 perlu menjadi pemangkin untuk kepimpinan mahasiswa UMNO bergiat aktifmemberi khidmat bakti kepada masyarakat serta menyemarakkan lagi semangat anak muda menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata PMU 2024 jugamenjadi momentum kepada kesiapsiagaan anak muda untuk Perhimpunan Agung UMNO2024 yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok.
“Dalam ucapan saya, (saya) juga menyatakan bahawa UMNO merupakan medan melahirkan pemimpin. Kebanyakan ‘DNA’ (asid deoksiribonukleik) pemimpin datang daripada UMNO termasuklah pemimpin-pemimpin utama negara.
“Kekalkan warisan ini agar lebih ramai pemimpin yang bakal dilahirkan melalui mahasiswa UMNO bermula dari sekarang untuk masa hadapan,” katanya dalam catatan di Facebook.
Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) danMenteri Pendidikan Tinggiberkata PMU yang diadakan julung kalinya semalam mendapat penyertaan seramai 430 mahasiswa daripada 19 universiti awam di seluruh negara.
“PMU sebagai medan untuk mahasiswa berkumpul, bersidang, berbincang dan berdebat mengenai isu-isu semasa yang melibatkan mahasiswa khususnya belia-belia dalam negara.
“Sebanyak lima kluster usul berjaya dikumpul dan menjadi percambahan perbincangan iaitu usul ekonomi, politik, kerjaya, kebajikan dan pendidikan. Kesemua usul ini telah diangkat menjadi resolusi oleh mahasiswa UMNO untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO,” katanya.