Kredit : Fb Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh penggerak wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Norol Ashikin Mahammud yang meninggal dunia pagi tadi.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar yang juga Presiden PKR berkata kehilangan Norol Ashikin sebagai antara tokoh penggerak wanita PKR di Shah Alam ternyata meninggalkan bekas yang mendalam terutama kepada wanita dan penggerak parti.
“Takziah kepada keluarga Almarhumah Norol Ashikin Mahammud atas kehilangan Almarhumah tercinta.
“Mendoakan Almarhumah diberi tempat yang istimewa olehNya serta keluarganya dikurniakan kekuatan dan kecekalan yang teguh dalam menempuh ujian Yang Maha Esa,” katanya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi PKR SelangorDatuk BorhanAman Shahketika dihubungi Iteenews berkata reformis berusia67 tahun itu yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Cabang Shah Alam,meninggal dunia akibat komplikasi jantungdan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.