PKR W. Persekutuan Sokong Nurul Izzah Tanding Timbalan Presiden

a2708726cc059ae5e11d7129f0f90a01681b351cb7097

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Iteenews) –Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi bagi mengangkat Naib PresidennyaNurul Izzah Anwar memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden padapemilihan sesi 2025-2028.

Sebanyak 13 Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan hari ini,menyifatkan Nurul Izzah sebagai pemimpinyang sebati dengan perjuangan parti dan berpengalaman luas dalam mendepani pelbagai cabaran politik.

“Situasi cabaran serta perubahan landskap politik semasa tanah air menuntut langkah berani dalam usaha memperkukuh PKR, sebagai parti yang sentiasa di hadapan dalam menerajui pentadbiran negara.

“Melalui beberapa siri libat urus bersama akar umbi di peringkat nasional, PKR Wilayah Persekutuan mempunyai keyakinan teguh Nurul Izzah bakal menerima sokongan padu selaku figura utama akan memberi nafas baharu dalam menguatkan jentera parti mendepani PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16),”menurut kenyataan dimuat naik di akaun Facebook Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ketua Cabang Lembah Pantai.

Kesemua 13 Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan itu ialah Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR, Ketua Cabang Bandar Tun Razak Datuk Azman Abidin, Muhammad Fikri Abdul Aziz (Putrajaya), Andre Lai (Wangsa Maju) danNeo Wong (Kepong).

Turut menyokong ialah Ketua Cabang Titiwangsa Syed Badli Shah, Datuk Afdlin Shauki (Setiawangsa), Asheeq Ali (Batu), S. Thiyagaraj (Seputeh), Anwar Pawan Chik (Bukit Bintang), G. Vignesvaran (Segambut), Simsudin Sidek (Labuan) dan Mohamad Raimi (Cheras).

Menurut kenyataan itu, sokonganitu bukan bersandarkan hubungan atau nostalgia sejarah perjuangan, tetapi atas keyakinan terhadap kapasiti dan integriti Nurul Izzah atau dikenali sebagai Puteri Reformasi, sebagai pemimpin masa depan parti.

Kenyataan itu memaklumkan Nurul Izzahsebagai penggerak utama kempenAyuh Malaysia, telah menghidupkan semangat anggota seluruh negara danmenjadi pendamai bagi menyatukan PKR sebagai keluarga besar, sehingga berjaya merealisasikan kemenangan parti untuk memerintah negara hari ini.

“PKRmemerlukan susuk seperti Nurul Izzah yang mempunyai diplomasi tinggi untuk merapatkan saf dan menyatukan kekuatan dalaman serta memperkukuh jalinan bersama rakangabungan.