Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri R. Ramanan
JOHOR BAHRU, 24 Mei (Iteenews) — Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju masa depan parti itu serta negara, kata Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor itu berkata barisan kepimpinan baharu yang dipilih perwakilan perlu memainkan peranan penting dalam memastikan PKR terus menjadi parti induk dalam pentadbiran kerajaan pada masa akan datang.
“Setelah melalui proses yang mencabar dan getir, kita kini berada di titik akhir bagi memuktamadkan Kongres Nasional. Ini bermakna kita telah membentuk satu lapisan kepimpinan baharu untuk memikul harapan anggotaparti serta rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persadadi sini hari ini.
Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan NegeriSelangor berkatakepimpinan baharu juga perlu bersedia memastikan PKR kekal relevan dalam kerajaan serta mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk penggal kedua sebagai Perdana Menteri.
Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan pula menekankan kepentingan semua ahli parti menguasai semula naratif dan persepsi di media sosial menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Beliau berkata selepas menjadi kerajaan, parti itu menjadi terlalu selesa sehingga mengabaikan aspek komunikasi strategik di platform digital sekali gus mendedahkan parti kepadafitnah oleh pihak lawan.
“Saya yakin dengan strategi yang betul dan gerak kerja tersusun, kita mampu menawan kembali medan media sosial serta membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam PRU16 dan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Datuk Seri Aminuddin Harun pula mencadangkan agar tiga isu utama yang menimbulkan keresahan rakyat, iaitu pelaksanaan e-invois, penyelarasan subsidi gas untuk peniaga kecil dan penyelarasan harga petrol ditangani segera oleh kerajaan.