KUALA LUMPUR, 14 April (Iteenews) –Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 perlu dipinda bagi memastikan ia relevan dan selari tuntutan semasa, selain menjadikanpersaingan politik dalam negara lebih beretika.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkataperubahan terhadap kerangka undang-undang ini amat penting bagimengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dan kepimpinan negara.
Mengalu-alukan kenyataan PerdanaMenteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mengumumkan sebarang peruntukan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, beliau berkata ini merupakanlangkah penting ke arah memperkukuh integriti, ketelusandanmemastikan medan persaingan politik yang adil.
“ABIM mengharapkan ia adalah permulaan ke arah merealisasikan aspirasi rakyat yang ingin proses demokrasi bersih, telusdan bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa atau pengaruh menggunakan instrumen kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fahmi berkata ABIM juga menyeru agar komitmen ini dipraktikkan secara konsisten di semua peringkat termasuk parti politik dannegeri-negeripembangkangserta dijadikan amalan standard dalam mana-mana kempen pilihan raya akan datang.
Beliau berkata ABIM berpandangan bahawa usaha kerajaan seperti dinyatakan Perdana Menteri itu perlu disokong dengan reformasi yang lebih menyeluruh untuk jangka masa panjang termasuk dengan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akta-akta berkaitan agar selari dengan tuntutan semasa.
"Langkah berkenaan juga akan mengangkat martabat demokrasi serta menjadi indikator kematangan politik negara yang lebih baik,” katanya.